Saturday, April 10, 2010

PEMBAHARUAN PERMIT PENDAFTARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK TASKA PERMAISURIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman semua ibu bapa, Taska Permaisuria telah menjalankan tanggung jawab bagi memperbaharui pendaftaran taska bagi tahun 2010. Semua agensi yang telibat dalam memberikan sokongan terhadap pembaharuan lesen Taman Asuhan Kanak-Kanak tersebut telah memeriksa taska ini dan berpuas hati kerana taska ini telah mematuhi kesemua arahan serta keperluan yang berkaitan.
Agensi-agensi tersebut ialah Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu yang telah melakukan pemeriksaan pada 19hb Mac 2010 , Jabatan bomba yang telah membuat pemeriksaan pada 23hb Mac 2010 dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang telah membuat pemeriksaan pada 07hb April 2010 yang lalu. Kesemua agensi ini telah memberikan sokongan masing-masing. Dokumen sokongan ini seterusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan bagi tujuan pemeriksaan menyeluruh.