Thanks for the Teacher's Day cake from Pn.Azizah, Affifah Aliah's mom.....thanks for the appreciation. Thanks to Pn.Noraziah, Ain Nur Amna's mom for the roll cake for the teachers.
Taman Asuhan Kanak-Kanak -
Taska Permaisuria
No.J1 Lorong Burung Kenari
Taman Likas Jaya
89400 Kota Kinabalu, Sabah - Tel:088-232700 / 016-8819096,e-mail permaisuria@yahoo.com
Matlamat:- Matlamat utama Taska Permaisuria adalah untuk menyediakan satu alternatif berkaitan perkhidmatan penjagaan dan asuhan kanak-kanak terutama sekali kepada ibu bapa yang bekerja.
Komitmen Taska:- Tenaga kerja Taska Pemaisuria adalah komited dalam memberikan penjagaan dan asuhan dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab kepada semua kanak-kanak dibawah jagaan taska ini.
Tenaga kerja Taska Permaisuria akan sedaya upaya cuba memenuhi ruang untuk menjadi ibu bapa gantian, kakak, sahabat, rakan bermain, teman berbual dan sebagainya kepada kanak-kanak sepanjang waktu mereka berada di taska ini, tanpa mengabaikan aspek perkembangan kanak-kanak tersebut secara menyeluruh.
Salah satu sasaran utama taska ini adalah memberi sokongan dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial, kognitif atau intelektual. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat dan kebolehan masing-masing. Seluruh tenaga kerja Taska Permaisuria akan berusaha dalam memberikan sokongan bagi membantu kanak-kanak dibawah jagaan taska ini untuk berkembang mengikut kadar kemampuan kanak-kanak itu sendiri.
Keputusan akademik yang cemerlang semata-mata bukan merupakan kayu ukuran kepada perkembangan atau pertumbuhan menyeluruh yang positif. Seseorang kanak-kanak itu perlu sihat dari segi perkembangan fizikalnya, dapat melewati peringkat emosi yang berlainan dengan baik, dapat berkomunikasi dan bersosial dikalangan rakan-rakan atau orang dewasa serta mampu bertindak balas terhadap persekitaran dengan baik. Faktor ini secara tidak lansung akan menyumbang kepada penguasaan intelektual yang cemerlang kanak-kanak tersebut.
"....Semoga pengalaman semasa berada di taska ini akan menjadi satu kenangan yang amat indah bagi semua kanak-kanak disini sebelum mengorak langkah lebih jauh untuk berjaya dalam kehidupan dan menjadi kebanggaan ibu bapa........"
No comments:
Post a Comment