Gambar diatas ialah Cik Juharah Rasin, berasal dari daerah Tenom Sabah, berketurunan Dusun dan berumur 32 tahun.Mempunyai sijil kursus perniagaan taska dan berkelulusan peringkat SPM. Sangat meminati kanak-kanak.
Yang ini pula ialah Cik Nur Fatin Ahmad, berasal dari Sipitang Sabah, dari suku kaum Kedayan berumur 19 tahun. Mempunyai pengalaman sendiri menjaga kanak-kanak dan ingin menambahkan pengalaman dalam bidang asuhan kanak-kanak.Ini ialah Pn. Siti Mariah Limun, berbangsa Brunei dan berumur 29 tahun. Mempunyai 2 orang anak, berpengalaman bekerja ditaska sekitar Kota Kinabalu sebelum ini. Taraf pendidikan SPM. Tidak pernah jemu dengan kanak-kanak.
Gambar diatas ialah Cik Natalea Tongusin, berbangsa Rungus berasal dari daerah Kota Marudu, Kudat. Berumur 21 tahun, berkelulusan STPM. Meminati bidang asuhan kanak-kanak dan sangat suka dengan kanak-kanak.
Ini ialah Cik Sunarti Amri, pembantu taska. telah berkhidmat di taska ini lebih kurang 2 tahun. Berasal dari Tawau, berketurunan suku kaum banjar dan bugis. Bertaraf pendidikan menengah rendah.
Gambar diatas ialah Pn. Veronica Ekuh. berketurunan Kadazan Dusun dari Inanam.Berumur 42 tahun.Berpengalaman dalam bidang asuhan kanak-kanak (bayi) dan pernah bekerja di beberapa taska sekitar Kota Kinabalu sebelum ini selama 7 tahun. Berkelulusan SPM.Telah berkhidmat di taska ini lebih kurang 2 tahun.
Gambar diatas ialah Cik Asnah Mandak, berumur 23 tahun, berasal dari Kota Belud Sabah dan berketurunan Iranun. Mempunyai pengalaman dalam bidang asuhan kanak-kanak, pernah berkhidmat di taska lain sebelum ini. Berkelulusan STPM dan telah berkhidmat di taska ini selama lebih kurang 1 tahun dan kini diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Penyelia Taska.