Ini adalah merupakan posting pertama dalam blog ini. Blog ini telah dibangunkan pada bulan Julai 2009 akan tetapi, akibat faktor masa yang tidak mengizinkan maka catatan hanya dapat dimulakan pada hari ini.
Sepanjang Januari sehingga Ogos 2009, Taska Permaisuria telah menyaksikan banyak perkembangan yang berlaku pada diri setiap kanak-kanak di taska ini. Semuanya positif dan amat membanggakan. Setiap hari, taska tidak akan sunyi dari suasana riuh rendah yang diisi dengan suara tangisan, jeritan dan gelak ketawa kanak-kanak disini. Berbagai aktiviti dalaman juga telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut, seperti sambutan hari jadi dan sebagainya. Gambar diatas telah diambil semasa kanak-kanak tersebut sedang menyanyi beramai-ramai. Kegembiraan jelas tergambar diwajah masing-masing. (kelihatan dalam gambar Nurul Atiqah, Adawiyah Aqilah, Haikal Aziman, Muhammad Aidil, Allissa Umayrah,Muhammad Sufi, Najwa Nabihah, Nursyazwani Yazmeen, Tuan Muhammad Amirul Azim, Nur Anisakinah, Tuan Nur Syahirah Armani dan Lee Ching Quynh)